Assalmualaikum pembuka bicara, kalimah tayyibah kepada pembaca sekalian..
Pepatah Melayu yang berbunyi "yang patah tumbuh hilang berganti"besar maknanya jika diamati merungkai makan yang tersirat, setiap yang hilang ada penggantinya begitulah kehidupan seorang daie yang mengharapkan keredhaan Ilahi. Alangkah indah hidup yang dipenuhi dengan keberkatan dan keredaanNya. Sudah menjadi lumrah atau tabiat kehidupan dalam bibit pertemuan itu sememangnya di akhiri dengan perpisahan sama ada perpisahan seketika atau perpisahan kematian. Mana mungkin manusia boleh hidup selamanya di dunia kerana pastinya dunia akan fana dan binasa yang kekal hanyalah Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Berkisar mengenai sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang mengingatkan kita selaku umatnya tentang sewaktu gering kewafatan baginda nabi SAW yang kasihnya pada umatnya masih mengingati umatnya. Benarlah firman Allah :
"Tidaklah kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan memberi rahmat seluruh alam". Ayat ini seringkali kita mendengar dalam kuliah, ceramah dan sebagainya. Malangnya kita tidak melihat dengan mata hati untuk mengamati ayat ini dan melekat di sanubari. Dalam kehidupan kita seorang khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar melaksanakan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan larangannya seterusnya mengharapkan diri berada dalam ketakwaan. Begitulah dakwah nabi mengajak manusia mengabdikan diri pada Allah yang Esa mentaati perintahNya dan melaksanakan tuntanNya.
Alangkah indahnya pemuda hari ini umpama Usamah bin Zaid in Harithah yang dilantik oleh nabi sebagai panglima perang untuk menawan empayar Rom. Seusia yang muda diberi kepercayaan untuk menjadi panglima perang bukan atas dasar usia tetapi atas tinggi ketakwaan kepada Allah dalam menegakkan kalimah yang benar di muka bumi. Doalah semoga kita diberikan kekuatan dalam menjalankan kehidupan sebagai daie. Malah jika disingkap kisah sahabat-sahabat nabi begitu hebat pengorbanan mereka menegakkan Islam sehingga sanggup mengorbankan segala harta,nyawa demi Islam. Mereka inilah permata2 Islam yang membawa panji2 kebenaran.
Satu episod baru dalam kehidupan jalan dakwah pertemuan dan perpisahan kerana Allah. Berkasihlah kamu sekalian kerana Allah dalam segenap perkara kehidupan hindarilah permusuhan yang menempah kebinasaan. Perjuangan bukan bermula dan berakhir disini tetapi selama-lamanya sehingga akhir hayat. Pengalaman kehidupan memberi pengajaran kepada kita semua.
Mohon kemaafan di atas kekurangan dan kesilapan dalam segala tutur kata dan sebagainya.
Monday, March 29, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)